KAUNSELING
Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang bercirikan hubungan mesra klien, empati, bijaksana, menerima tanpa syarat, ikhlas, amanah dan beretika bagi menolong klien yang memerlukan bantuan dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
OBJEKTIF
- Melatih Pelajar Untuk Berdikari Dan Meningkatkan Keyakinan Diri
- Mencegah Pelatih Dari Terlibat Dalam Perbuatan Salahlaku Dan Tidak Berdisiplin
- Kaunseling Kerjaya :Membantu Pelajar Menentukan Minat Dalam Kerjaya
JENIS KAUNSELING
A) KAUNSELING INDIVIDU
Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri.
B) KAUNSELING KELOMPOK
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.
MASALAH-MASALAH YANG BOLEH DIRUJUK
- Kemurungan
- Kendiri
- Percintaan
- Motivasi
- Disiplin
- Bimbingan
- Gender
- Tingkahlaku
- Akademik
- Perhubungan rakan
- Hubungan Keibubapaan

