Perutusan Ketua Pengarah JKM
YBHG. DATO’
Selamat Datang ke Portal Rasmi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi. Pembangunan portal rasmi ini terus membuktikan PLPP Bangi sentiasa seiiring dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.
Selanjutnya
VISI
Mendayaupayakan Orang Kurang Upaya (OKU) keutamaannya kategori fizikal ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.
MISI
Sebagai Pusat Kecemerlangan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya bagi OKU fizikal.
OBJEKTIF
Mengembalikan kemahiran OKU yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
Selanjutnya
Latar Belakang
Cadangan awal pembinaan PLPP Bangi adalah di bawah RMK 3 (1976-1980). Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) yang memberikan perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan. PLPP Bangi mula dibina pada 29 Ogos 1990 di atas Lot 10487, Jalan Sungai Merab, di dalam mukim Dengkil, daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan dengan keluasan 24,4090 ekar (9.878 hektar).
Selanjutnya