Visi, Misi, Objektif dan Falsafah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi
MisiPusat Kecemerlangan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) keutamaannya kategori fizikal yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan dan sukan para.
VisiMendayaupayakan Orang Kurang Upaya (OKU) keutamaannya kategori fizikal ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.
FalsafahGabungan teras kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan, sukan para dan pembangunan insan adalah formulasi utama bagi mendayaupayakan Orang Kurang Upaya (OKU) keutamaannya kategori fizikal supaya berdaya saing dalam pasaran kerja dan produktif kepada Negara.
