OBJEKTIF
Menyediakan rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian dalam kehidupan seharian secara optimum.
DESKRIPSI TUGAS
- Menyediakan dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit dalam menjalankan aktiviti harian.
- Mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yang perlu ada kediaman, persekitaran dan tempat berkerja untuk membolehkan pesakit hidup berdikari.
- Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara/kekal berdasarkan keperluan pesakit.
- Memberi pendidikan, nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit, ahli keluarga dan penjaga.

