OBJEKTIF
- Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang komprehensif kepada orang kurang upaya (OKU)untuk mendapat pemulihan perubatan.
- Mengembalikan kemahuan dan meningkatkan kemampuan orang kurang upaya berkerja dan berdikari.
- Menyediakan langkah-langkah yang berkesan dan komprehensif dari segi pembangunan fizikal,mental dan sosial OKU dan seterusnya merealisasikan persekitaran fizikal dan social yang memberi peluang penglibatan penuh OKU dalam pembangunan dan kehidupan sosial.
- Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan keupayaan menjadi lebih teruk (program rawatan rehabilitasi untuk mencegah kecacatan diperingkat primer dan sekunder)
- Memberi rawatan perubatan dan rawatan pemulihan kepada pelajar dan pesakit.
- Menyediakan sumber latihan bagi penuntut perubatan dan jurupulih perubatan.

