Penempatan pekerjaan dan perkhidmatan Latihan Pekerjaan (Job Coaching)
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi telah mewujudkan bahagian ini yang menjalankan urusan penempatan pekerjaan dan juga perkhidmatan Latihan Pekerjaan (Job Coaching)
Di bawah bahagian ini terdapat dua tanggungjawab utama iaitu;
1.1 Penempatan Kerja
Bahagian Penempatan kerja merupakan salah satu bahagian yang mengendalikan program penempatan pekerjaan yang bertujuan membantu pelatih lepasan PLPP Bangi mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.
1.2 Perkhidmatan Latihan Pekerjaan (Job Coaching)
Perkhidmatan Latihan Pekerjaan (Job Coaching) yang dilakukan oleh Juru Cara Kerja (Job Coacher). Tujuannya untuk membantu supaya klien (bekas pelatih) dapat menjalani pekerjaan di tempat baru melalui sokongan persekitaran dan juga latihan yang diberi.

