Pengenalan

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi dibina dengan tujuan untuk memberi kemudahan, perkhidmatan, latihan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak dan memerlukan dengan menawarkana pelbagai latihan Vokasional dan terapi. PLPP Bangi berada di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.